Tuesday, December 9, 2008

First Class.. Tinggal Kenangan.

Ada juga rasa kecewa.. Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

"Itu lah.. Orang suruh belajar.. main-main"
"Sayang giler ko.. kalau tak, mesti pecah rekod"

Itulah antara kata-kata kawan aku selepas aku bagitau diorang aku dah tidak boleh dapat first class degree walaupun aku score 4 flat next sem. Ceritanya begini. Tadi, aku ada urusan sedikit di pejabat fakulti. Lama juga aku menunggu kerani kat bilik tu, keluar sekejap kata pensyarah yang ada situ. Aku decide untuk tunggu di situ. Urusannya, hendak dapatkan letterhead universiti. Ada surat rasmi yang perlu aku hantar dengan kadar segera. Lama punya lama menunggu. tidak sampai-sampai akak kerani ni(tuang ke?). Selamat ramai kawan-kawan+senior kapten yang buat clearance (penat salute..hihihi). Boleh juga sembang-sembang. Best kot jadi diorang. Tidak perlu fikir lagi pasal projek akhir, result exam, labsheet dan macam-macam lagi yang tengah aku serabut fikirkan nie.

At last, datang seorang pensyarah, juga pegawai di fakulti tu. Aku agak kamcing dengan dia. Dia sangat baik+peramah walaupun dah Leftenan Kolonel, and, the fact is... dia tidak pernah ajar aku pun sebab dia pemsyarah fakulti lain. Dia masuk fakulti tu sebab hendak ambil keputusan penuh pelajar-pelajar fakulti dia. Rupa-rupanya, aku tengah duduk di depan fail-fail yang mengandungi result semua student engineering. Top secret nie. Aku memang tidak dapat keputusan penuh lagi, 3 subjek lagi. semua killer2 punya subjek.Saje je aku pancing. "akak, result ni boleh tengok ke??" aku cakap kat akak penolong pendaftar tu. "Tak boleh!! student tak boleh tengok, lecturer je boleh". aku diam sekejap, pas tu ku senyum je. memang aku dah tahu jawapan dia. saje cari nahas.

Peluang

Lecturer yang kamcing dengn aku tadi pun senyum gak. " haa.. Muadz, kamu nak tengok keputusan kamu ye??" lecturer tu tanya kat aku. " Boleh jugak tuan". selamba je aku cakap. Aku ingatkan dia main-main. Rupa-rupanya, dia cari fail result jurusan aku, dia selak satu-satu.Ish2. Tetibe nervous. Punya lah lama belek. at last jumpa juga transkrip aku. Jeng..jeng..jeng.. Situasi pointer aku sekarang sangat atas pagar. 3.67.. tepat-tepat first class. 3 sem aku maintain CGPA aku ni. Aku perlu score sem ni at least 3.42 untuk bagi harapan untuk first class next sem.

Sebelum tengok transkrip aku...

Lecturer: Kamu kalau tak dapat 3.7 siap lah...
Aku: Alaa tuan, sem ni susah lah.. saya tak aim tinggi pun.

Selepas tengok transkrip aku...

Lecturer: Apsal teruk sangat ni Muadz. Ish2.. Macam manalah nak first class ni.
Aku: yeke tuan (buat2 tenang).. dapat berapa tuan?
Lecturer: satu subjek tak tahu lagi, Isyarat Pemproses Digit(DSP). Yang lain 3.27
Aku: Maca mana tu? (satu subjek tak tahu result, tapi dah keluar pointer.. pening jap fikir)
Lecturer:A-,A-, Rekabentuk (CAD ASIC) B-
Aku: Assembly language dapat berapa tuan?
Lecturer: apa?
Aku: Sistem Komputer (aku daftar subjek ini atas nama sistem komputer dan multimedia tapi panggil assembly language je)
Lecturer: B+
Aku: Ish2.. teruk2 result saya.. terima kasih tuan.

Lebih kurang macam tu lah dialog aku dengan lecturer aku. Terkejut juga aku dengan result tu. Tak budget pulak CAD aku teruk sangat. ni subjek A ni. Soalan tu lecturer aku dah 70 percent bocorkan (soalan lebih kurang sama dengan tahun lepas dan dia dah suruh buat). Aku dah buat skema jawapan dia lagi. Selepas habis exam. Aku target at least A- untuk subjek ni. Sangat puas hati 'goreng' jawapan tadi.Dan aku pelik jugak. Sistem komputer tu aku target B je (soalan dia full programming.. dan aku jawab so..so je), Alhamdulillah dapat B+.DSP ni. AKu harap dapat B+. Nervous aku memikirkan result yang tidak keluar-keluar ni.

Nekad

Aku decide nak sms lecturer aku. "Salam. Tuan. Tolong send grade subjek dsp saya. Nk kira pointer sem ni. Tq" lebih kurang macam tulah message aku. Sebelum aku hantar, aku fikir, sopan ke ayat sms aku ni? nanti elok dapat A, fail lak dia bagi.Selepas lebih kurang 5 minit, ada replied message.... "60". tu je. dan sudah cukup untuk aku melupakan degree first class.. huhuhu... 60%=B-.Kira punya kira, pointer aku sem ni 3.11. Sangat jauh daripada had minimum 3.42. Memang sem ni, aku banyak main. huhuhu ( baru nak menyesal). "Tak pelah, tak ada rezeki" aku memujuk diri sendiri.


Kesan

Jenuh aku meng'concerntrate'kan solat Zohor kat Masjid tadi. Macam-macam idea keluar. Request untuk fail kan CAD dan ambil lagi next sem. Request lecturer untuk semak balik. dan macam-macam idea-idea gile time aku solat tadi. Ya Allah. Banyak berdosa aku ni.. Alhamdulillah, aku punya kawan-kawan yang masa dulu pernah bagi nasihat. " Kalau kamu rasa kecewa sebab salah satu hajat kamu tidak kesampaian, ingatlah nikmat-nikmat Allah yang lain, cuba bayangkan, nikmat jantung yang pam darah ni tidak berfungsi, mati juga kamu, banyak lagi nikmat-nikmat Allah yang memang tidak terhitung. Siapalah kita untuk merasakan Allah itu Zalim, baru satu nikmat tidak dibagi...bersabarlah.." Banyak lagi terlintas ayat-ayat kawan-kawan+ ustaz aku time sedih-sedih ni.

"Masa kita sedih dan kecewa ini lah sepatutnya kita rapat dengn DIA. Memang, selalunya Ujian itu untuk mengingatkan kita supaya kita tidak leka+lalai lagi, ramai manusia yang masih leka demgan nikmat dunia"

"Kalau kamu sedih, kenanglah nasib orang lain yang lagi sangat menderita dengan ujian. Ada yang mati, ada yang lagi teruk nasib daripada kamu"

Bagi aku, walaupun agak kecewa, tapi, sebenarnya aku sepatutnya menginsafi usaha aku yang sekelumit ini tetapi harapan yang sangat besar. Aku patut berterima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah, kawan-kawan yang banyak tolong aku dalam akademik ni. Tak lupa terima kasih atas doa-doa kalian. Doa ibu-bapa (ayah aku dah janji nak buat kenduri kalau aku dapat first class... terlepas2..sorry ayah), pensyarah, kawan-kawan. Terima Kasih Semua.

Nak main-main lagi?

Tahu tak? walaupun aku tak dapat first class. sebenarnya aku berada dalam 2nd class upper yang sangat kukuh. walaupun aku dapat 2.00 sem depan. Aku still grad dalam kelas yang sama!! Boleh main-main sem depan. Yahooo!! Terukkan.. hihihi... Aku dah plan macam-macam dah. Next sem is my last sem here (sem yang ke-10). Aku nak buat semua benda sebelum masuk unit. Nak belajar macam2. swimming, dive, golf, lasik, triatlon, bercinta (memilih-milih calon..hihi..gatal..mak dah bagi line untuk bernikah pas grad..yeay..), hafal hadith+quran (azam tahun ni yang masih gagal..teruk2..), baca buku, dakwah(hardcore nyer) nak join??? Jangan sangkut sudah sem depan.. I hope so. Wish me luck.. TQ..

Sebagai penutup, aku harap citer aku ni diambil iktibar oleh korang semua. Yang baik korang ikutlah. Yang tak elok tu.. Aku tak ajar pun untuk korang buat. Menyesal nanti. Padan muka. Keep YOUR guidance on me Ya Allah.Ameen. Ana faqeerah ilallah..

Thursday, November 27, 2008

Projek=Kerja banyak...

Alhamdulillah.. tamat juga final exam 19 hb nov hari tu. Last paper. Digital Signal Processing. Senior-senior cakap, kalau lepas paper ni. kira dah boleh consider grad dah. Harap-harap lepas dengan cemerlang. Permudahkanlah Ya Allah.

Walaupun exam dah habis, ada project besar yang tengah aku jalankan sekarang. tidak betul-betul free lagi. Penat dah aku troubleshoot circuit board aku. Current test dah, voltage test dah, namun, tetap bermasalah juga litar aku tu. Aku rasa ada grounding problem. Walaupun switch dah off, still, LED menyala lagi. Switch okey, aku dah check, mungkin ada component yang rosak ni. So, hari ini, aku decide nak beli transistor dan dan diod lain di Jalan Pasar. (yeayy, outing lagi!!). Nak cuba replace kat board tu. Harap-harap okey lah lepas tu. Doakan kejayaan aku dalam project ini ye, TQ2.

My Workbench

Next week, kawan-kawan aku dah nak comission. Nak jadi pegawai dah. Tahniah-tahniah. Moga-moga jadi pegawai tentera yang mantap kerjanya dan sahsiahnya. Untung juga ambil jurusan yang 4 tahun ni, cepat jadi pegawai. Tapi, bagi aku lah, sebagai student engineering, aku rasa jadi student engineering yang belajar susah-susah ni (susah ke???), Sebenarnya membentuk cara fikir yang berbeza. beza di mana ye??? Haa.. Nilai sendirik lah. hihihi. No Offence. By the way, congratulations mates. Wish our skot (engineering) will successfully commission next year. Puas jadi kadet ni. 5 tahun dah.

Aku sebenarnya tengah tunggu kawan-kawan siap nak pergi lab. Ish2, mentang-mentang lah dapat excuse, tidur sakan. Tapi diorang deserve pun benda ni. Penat mengadap project mega ni sama-sama. Jangan naik lemak sudah, BMI sorang-sorang nanti. hihihi.

Okeylah, cukup kot coloteh sikit-sikit. nak update blog je sebenarnya. Kepada yang nak ditauliah, kawad mantap-mantap next week. Yang belum nak tauliah. belajar rajin-rajin. PSM settlekan cepat-cepat.Senior mess tengah tunggu tu. Chayyok!!!

Thursday, November 20, 2008

Homoseksual: Apa Peranan Kita?

Aku mengeluh panjang, beristighfar.. astaghfirullahalazim.. Ampunkan serta berikanlah hamba-hambaMu ini hidayah. Terkejut aku melihat video youtube tadi. Entah dari mana kawan aku dapat link video tu. Video apa?? Video pertama Gay kat Malaysia!!!.

Memang melampau. Entah-entah, selepas ini mereka minta berkahwin secara terang-terangan seperti di California.



Aku lebih tak faham kalau mereka 'claim' sudah fitrah mereka macam tu. MasyaAllah. Sangat parah masyarakat kita sekarang ni. Teringat zaman aku kat matrikulasi dulu. Diorang siap buat perjumpaaan mingguan lagi (kalah halaqah yang asyik-asyik postponed je). macam party gitu. Aku rasa nak slap je sorang-sorang time tu. Tapi, punyalah kena jaga 'human right' seperti yang diwar-warkan oleh orang-orang tertentu. Keperluan 'menjaga keharmonian fitrah'.. Apa benda semua ni??? Masa aku tengok party tu, aku harap diorang tak buat lebih-lebih, harap tak sampai ke 'ranjang'.. nauzubillahiminzalik. terbalik juga matrik aku ni. Tapi, aku ada juga dengar ustaz sudah menangkap 'pasangan' ni tengah buat 'project'. Semoga wabak ni tidak menjadi-jadi. Terus mengharap...

Kisah Nabi Lut

Kisah ini direncanakan dalam Al-Quran dalam surah Al-A'raf(80-84), Hud(77-83). Secara ringkasnya, Bagaimana Nabi Lut menegur kaumnya yang melakukankan homoseksual (gay&lesbian), tetapi dia telah diusir oleh kaumnya daripada negeri tersebut. Pada satu hari, Nabi Lut didatangi oleh malaikat yang datang dalam bentuk manusia yang sangat handsome dan rupawan. Punyalah takutnya Nabi Lut sebab bimbang kaumnya akan melakukan onar kepada tetamu dia, siap buat offer kahwin dengan gadis-gadis kat negeri tu kepada gay-gay ni, disebabkan dah desperate sangat dengan lelaki, diorang nekad juga nak buat 'project'. Akhirnya,lelaki tersebut menyatakan bahawa dia adalah malaikat yang diutuskan untuk menyelamatkan Nabi Lut keluar daripada negeri tersebut. Bala Allah turun dalam bentuk hujan batu terbakar dan diterbalikkan negeri tersebut. Begitulah kesudahan orang yang sangat zalim dan melampaui batas, termasuk juga isteri baginda. Susah juga nak didik isteri ye. Harap betulkan kalau ada kesalahan fakta dalam kisah ini.

Aku harap, pelaku homoseksual ni cepat-cepatlah bertaubat, takutlah dengan ancaman-ancaman Allah. Sekejap je duduk kat dunia ni bro.




Pengkid

Satu hal lagi yang aku fikir melampaui batas ialah isu pengkid yang mencabar fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa baru-baru ni. Aku tak nak ulas benda ini.Cuba nilai sendiri artikel di sini. Tapi aku rasa sangat kesian kat mereka ni. Cuba revise balik TUJUAN HIDUP mereka kat dunia ni. Memang mereka boleh buat sesuka hati mak bapak diorang, buat apa takut kat majlis fatwa sekalipun untuk buat projek???. Takutlah pada Allah. Mungkin statement 'takutlah pada Allah' itu tidak touching langsung kepada mereka. Masalah hati. Ya benar.. Masalah hati. Ya Allah, Berikan hidayah kepada mereka.

Peranan kita

"Tengok jelah.. nak larang dengan kuasa, kuasa xde, dengan lisan, nanti gaduh lak kat situ, hormat sikit perasaan mereka, simpan je lah dalam hati, xpelah, at least ade jugak iman kita".

Memang kebanyakan kita begitu. Maaf, mungkin keterlaluan dalam menegur. Sepatutnya kita lebih sensitif terhadap dosa maksiat-maksiat yang kecil seperti melewat-lewatkan solat, tengok aurat manusia yang tidak bermaruah, meninggalkan puasa dan sebagainya. Sebab dosa-dosa kecil ini lah yang menyesakkan, menggelisahkan dan mematikan hati. Bila hati sudah mati, mulalah, langsung tidak rasa sensitif terhadap maksiat di sekeliling kita. Tidak langsung rasa pedih dengan penderaan umat Islam di Palestin. Yang difikirkan hanyalah makan sedap-sedap ketika anak-anak di Palestin merengek-rengek sebab lapar, yang dibimbangkan ialah awek yang comel merajuk dikala betapa merajuk+marahnya anak-anak perempuan di Palestin dirogol+dicabul. Yang dirisaukan ialah handset yang tidak update sedangkan umat Islam kat dunia ni...... penuh dengan kesengsaraan. Mana perasaan kita??

“Barangsiapa yang tidak memikirkan masalah kaum Muslimin, maka dia bukan dari golongan umatku”. ( Riwayat Baihaqi dari Anas ).

Aku pun bukan ustaz kagat, bukan juga ahli majlis fatwa kebangsaan. Kita perlu sama-sama merawat mesyarakat kita. Caranya, mengamalkan nilai Islam yang sebenar. Mengamalkan akhlak yang baik. Tepati masa, jaga kebersihan, cemerlang dalam setiap bidang. Jadi contoh. Kita kurang jadi role model kepada kawan-kawan, kita tidak mahu jadi contoh kepada non-muslim. Macam mana lah nak menunjukkan Islam itu yang TERBAIK. Reveal your Islamic Identity!!!

Aku tak terfikir nak tulis seberat ini, tapi, aku rasa terpanggil selepas tengok youtube tu. Aku sangat GERAM. Okeylah. Harap ambil pelajaran. Betulkan kesalahan-kesalahan aku . Aku insan lemah yang cuba jadi contoh terbaik...

Tuesday, November 11, 2008

Mei-November untuk 1st entry..

1st entry memang susah nak publish.. sejak bulan mei aku fikir(fikirlh sgt) mcm mane aku nak buat blog ni.. at last. time2 bz mcm ni jg aku post entry pertama aku... sementara tunggu azan isyak n menunggu paper pertama aku esok. VHDL. Final yang kesembilan aku kat sini.. Ya Allah.. Permudahkanlah..

Kredit untuk abang aku.. entah mcm mane aku rase nak post entry ni pas bace blog abang aku.. tahniah kat die sbb dh grad dari uiam tu.. tahniah2... kadang2 aku terfikir jg... punyalah bz abang aku tu pun, macam-macam dia buat... perlu muhasabah ni..

Harapan aku kat blog ni (skemlh pulak), semoga aku boleh menambah satu lagi sebab untuk aku sibuk.. sebab.. masa lapang ni adalah salah satu sebab 'pembunuh' kepada orang-orang muda kat dunia ni.. banyak kali aku dengar statement ni.. kedua, mungkin salah satu tempat aku meluahkan idea-idea yang bez+ tak bez kat sini. So, harap pembaca dapat design satu filter untuk menapis isi-isi yang sepatutnya di hadam.

Sebenarnya, aku pun tak tahu macam mane nak describe keadaan aku sekarang ni. Kadang-kadang rasa tenang je dengan final yang mendatang ni (12-VHDL,13-Assembly Language and Digital Signal Processing-19), kadang2 cuak jg.. layan je lh.. Doakan kejayaan aku ye.. Semoga comission tahun depan dengan cemerlang.

Banyak sebenarnye yang terbuku dalam hati+otak aku ni... nanti2 lah aku luahkan.. Daripada cerita tensionnya kawan2 aku tadi dengan paper math kejut sampai lah kejayaan aku belajar menyelam.. hihihi... tahniah2.. =)

Okeylah.. Isyak pun 2 minit lagi nak masuk.. Gerak dulu.. Assalamualaikum wbt..

Friday, May 2, 2008

Tidak Siap Lagi

Sorry. Under Construction.
 

blogger templates | Make Money Online